Sri Aman

Sri Aman (asalnya Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam Sarawak. Bahagian kedua dariapada 5 bahagian yang lain. Nama Sri Aman diambil sempena dengan penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974.

Sri Aman juga mempunyai sejarah yang lama semasa penjajahan British. tempat kediaman mereka yang dinamakan 'Kubu Alice' sekarang ini masih wujud dan pernah menjadi kunjungan orang ramai.Sayang sekali keadaan 'Kubu Alice' kini terbiar dan tidak diselenggarai.

Sri Aman terkenal dengan buaya legenda "Bujang Senang"nya dan fenomena unik ombak gadang yang digelar BENAK. Pesta BENAK diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan acara utamanya adalah regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh dan acara-acara sampingan yang lain.

Terdapat juga sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, 'Ikan Bulu' sejenis ikan sungai yang sangat sedap jika dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar. Dulu Sri Aman juga terkenal dengan Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) antaranya ikan jan salai & ikan lumek salai.


http://goo.gl/0iOrkm

Popular